• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy

KRAFTANGAN DI SABAH

 on Friday 13 May 2016  

 Di Malaysia, Sabah merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik dengan adanya pelbagai jenis tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara.

Antara tempat menarik yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong adalah pulau-pulau yang berdekatan dengan daerah Semporna iaitu Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan sebagainya.

Selain daripada pulau yang terdapat di Sabah terdapat banyak lagi tempat yang sangat menarik untuk dilawati oleh sesiapa sahaja sama ada di Semporna. Kota Kinabalu. Kundasang, Lahad Datu, Sandakan, Tanjung Simpang Mengayau dan banyak lagi.

Di dalam blog kumpulan kami, kami menfokuskan kepada barangan kraftangan yang sangat terkenal dengan keunikan yang ada padanya dan cara pembuatan yang sangat kreatif. Kraftangan di Sabah ini berbeza dengan kraftangan-kraftangan di negeri lain kerana kebanyakan pembuatannya berunsurkan hidupan laut dan alam semulajadi.

Justeru itu, pelancong-pelancong yang datang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli kraftangan-kraftangan yang dijual disini. mereka juga diberi layanan yang sangat memuaskan hati oleh penjual dan kadangkala diberi harga yang sangat murah oleh penjual-penjual kraftangan itu.

Tidak rugilah bagi pengunjung yang ingin melancong di negeri di bawah bayu ini kerana pelbagai faktor tarikan yang sangat memberi kepuasan kepada para pengunjung dan terutamanya keunikan kraftangan ini.





KRAFTANGAN DI SABAH 4.5 5 SABAH HANDICRAFT COLLECTION Friday 13 May 2016  Di Malaysia, Sabah merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik dengan adanya pelbagai jenis tempat yang sangat menarik untuk ...


1 comment:

zamzarina zambri said...

Ada jual nyiru rotan tak?

Powered by Blogger.
J-Theme