• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy

TUDUNG DUANG

 on Monday 17 December 2012  

 Tudung Duang
Tudung duang merupakan hasil kraftangan masyarakat bajau Kota Belud Sabah yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun serdang, daun kelapa, pandan, dan buluh. Terdapat juga tudung duang daripada daun serdang yang disalut dengan kain baldu. Buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung duang. Tudung Duang akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum ia dibentuk dan dianyam.
Kegunaan tudung duang adalah untuk menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain. Tudung Duang juga dijadikan sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan luar bandar melalui industri desa (cottage industry). Melalui industri desa juga pendapatan penduduk luar bandar dapat ditingkatkan. Malah ada juga masyarakat Malaysia yang menjadikan tudung saji yang berbagai saiz sebagai hiasan di rumah masing-masing.

Pada masa ini terdapat tudung duang atau tudung saji yang diperbuat daripada plastik. Ia diperbuat secara komersial dalam industri pembuatan plastik. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk (empat segi, bulat, bujur) dengan pelbagai warna. Keadaan ini mewujudkan penggunaan tudung duang atau tudung saji tradisional masyarakat bajau Kota Belud semakin pupus.

TUDUNG DUANG 4.5 5 SABAH HANDICRAFT COLLECTION Monday 17 December 2012  Tudung Duang Tudung duang merupakan hasil kraftangan masyarakat bajau Kota Belud Sabah yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun s...


No comments:

Powered by Blogger.
J-Theme