• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy

CERITA KRAFTANGAN SABAH

 on Monday 17 December 2012  

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di dalam Malaysia, Sabah terletak di Utara Pulau Borneo. Gelaran negeri di bawah bayu,sabah memiliki kelebihan dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat . Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi malah kaya dengan kebudayaan dan kesenian masyarakatnya.Masyarakat majmuk di sabah membolehkan kita menikmati keunikan dan keindahan yang terdapat di Sabah.Walaupun Sabah kaya dengan kesenian dan kebudayaan terdapat juga perbezaan yang ketara antara satu sama lain. 

Barait
Fungsi kraf tangan yang dimiliki masyarakat asli di sabah asalnya bertujuan untuk melindungi/berteduh,menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali .
Mereka menghasilkan pelbagai jenis barangan tetapi lebih menumpukan kepada fungsi barang tersebut tidak kepada perhiasan . Benda-benda yang dihasilkan meliputi kelengkapan rumah,alat buruan,alat pertanian dan upacara ritual atau keagamaan. Penghasilan kraf tangan mereka bergantung kepada sumber alam semulajadi dan keperluan dari budaya mereka. 

Sirung
Kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk

dari berbagai-bagai budaya mempunyai jenis-jenis  yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat ‘utilitarian’ tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain.


Sompoton
Keadaan  bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang dihasilkan. Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul, rumah (termasuk atap) dan pagar sangat luas di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan Tambunan.  Labu pahit yang terdapat di tambunan telah menjadikan daerah ini sebagai pusat pengeluaran sompoton, sejenis organ mulut yang diperdagangkan di kalangan kumpulan dusun, walaupun ia juga ada dibuat di tempat-tempat lain. Rotan yang merupakan satu lagi bahan yang tahan digunakan dengan luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan dinding dan juga pengikat kayu atau buluh. Bahan untuk membuat pakaian tradisional juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit kayu, kapas atau gentian tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.
Sumpit

CERITA KRAFTANGAN SABAH 4.5 5 SABAH HANDICRAFT COLLECTION Monday 17 December 2012 Sabah merupakan negeri kedua terbesar di dalam Malaysia, Sabah terletak di Utara Pulau Borneo. Gelaran negeri di bawah bayu,sabah memili...


No comments:

Powered by Blogger.
J-Theme