• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy

SIGAR / TUBAU / KAIN DASTAR DAN LIANGKITAN

 on Monday, 17 December 2012  

Sigar/Tubau/Kain Dastar : telah mengalami proses permodenan dengan corak yang lebih moden namun ciri-ciri keasliannya masih terpelihara

Liangkitan: Konsep moden dalam kain Liangkitan masih mengekalkan corak asli.

Tubau atau lebih dikenali dengan Kain Dastar adalah hasil kerja tangan asli suku Kaum Iranun yang diwarisi dari nenek moyang sejak turun temurun. Sehingga kini perusahaan membuat tentunan Kain Dastar ini masih diteruskan oleh Suku Kaum Iranun di Daerah Kota Belud.

Selain Tubau, terdapat juga hasil kesenian kerja tangan asli orang Iranun yang dipanggil "Liangkitan". Biasanya, liangkitan berlatarbelakangkan kain tenunan berwarna hitam dan dihias dengan tenunan benang yang unik merintangi secara membujur dari atas ke bawah. Kain sehelai ini biasanya digunakan sebagai "wrap-skirt" yang semakin popular dikenakan semasa perayaan kebesaran Negeri. Di Zaman moden kini, liangkitan banyak menggunakan kain baldu bagi menggantikan kain dasar atau asas Liangkitan sebagai menyesuaikannya dengan kegunaan moden.

Tidak ramai di antara kita dan generasi kita yang mengetahui bahawa benang, pada zaman dahulu kala, yang merupakan material asli Tubau dan Liangkitan iaitu adalah berasal dari "sabut" atau "serat" daun nenas yang dijadikan benang dan diwarnakan dengan kunyit bagi kuning dan"tursih" (cecair hitam yang dicampur dengan tembakau bagi pemakan sireh tegar) bagi warna hitam dan merah dengan menggunakan kulit bakau atau kayu cendana. Bagimanapun, penggunaan bahan-bahan tersebut semakin pupus setelah bahan-bahan moden mudah diperolehi setelah pengenalan "English yarn" seperti yang disebutkan di bawah ini.

PAKAIAN: Tradisional-Tubau dan Liangkitan-Petikan dari "Publication"


The Bajau are much occupied in preparing salt for the inland tribes. This article is manufactured by burning the wood of the Nipa palm: the residue is then thrown into water, when the ashes are separated from the saline mattcr ; the water is then boiled, and a coarse bitter salt is the result. I t is not disagreeable, after a little use ; and I prefer it to the coarse salt of Siam, in the state that the latter is usually sold. Very little salt is imported even at the capital, except for the purpose of curing fish. The only other manufacture that is worth noticing is that of cloth from native cotton. The most esteemed cloths are those of the Lanuns. The cloth is generally black, with a few white lines running through it, forming a sort of check : it is strong, more durable than any other I have seen, and fetches a high price, varjing from 5 to 10 dols. for a piece sufficient for a single drebs. They are, however, deteriorating, since the introduction of cheap English yarn, which is superseding the carefully-spun native.

“..... The women, especially from Kota Belud, make beautiful embroidered panels sewn into their long black wrap-skirt. Traditional headgear worn by almost every indigenous group known as kain dastar is one of their specialty. The Binadan (from Kudat) is well known for their kain pis, a richly embroidered one-meter piece of two-facing cloth”.

Kebanyakan pakaian tradisional yang dipakai oleh penduduk asli Sabah hari ini adalah penyesuaian moden yang dibuat dari pakaian asal. Pakaian-pakain ini kebanyakannya berwarna gelap atau hitam dan lazimnya dihiasi dengan sulaman dan hiasan tepi yang banyak. Satu ciri pakaian tradisi masyarakat asli yang sangat ketara ialah penggunaan tanjak yang dibuat daripada sekeping kain dastar berukuran tiga kaki persegi yang ditenun oleh suku kaum Iranun di Kota Belud. Apabila ia dilipat dan diikat, kain hiasan kepala atau sigar ini dipakai oleh kebanyakan kaum asli Sabah. 

Even with today’s designer innovations, traditional handicraft has always been a part of the lives of Sabah’s peoples. From functional objects to decorative accessories, the various handicraft made throughout Sabah reflect the culture that they come from.

SIGAR / TUBAU / KAIN DASTAR DAN LIANGKITAN 4.5 5 SABAH HANDICRAFT COLLECTION Monday, 17 December 2012 Sigar/Tubau/Kain Dastar : telah mengalami proses permodenan dengan corak yang lebih moden namun ciri-ciri keasliannya masih terpelihara ...


No comments:

Powered by Blogger.
J-Theme