Pages

Sunday, 15 May 2016

KRAF TANGAN BAKUL PLASTIK

Kraftangan daripada tali plastik merupakan satu revolusi baru dalam menghasilkan produk kraftangan di Sabah dan Sarawak pada hari ini.

“Kraf kreatif ini sebagai satu program ‘outreach’ Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk manfaat wanita khususnya wanita di luar bandar serta untuk menyediakan maklumat keusahawanan untuk menggalakkan para peserta menceburi bidang karang kraf selepas ini,”

Penghasilan produk kraf tangan yang diperbuat daripada plastik dilihat mampu menjana ekonomi kaum wanita di kawasan luar bandar.

Produk-produk kraf tangan seperti ini bukan setakat dihasilkan untuk digunakan oleh kaum keluarga sendiri sebaliknya ia mampu dijual ke kawasan lain untuk menjana pendapatan ekonomi kaum wanita.

Saya percaya kaum wanita kita hari ini semakin hari semakin kreatif, mereka bukan hanya mampu membuat kraf tangan berbentuk bakul melalui plastik tetapi kini sudah ramai yang mampu menghasilkan pelbagai kraf tangan menggunakan surat kabar,

Produk kraftangan daripada plastik ini dijual dengan harga antara RM17 hingga RM100 mengikut saiz dan reka bentuk produk tersebut.







Friday, 13 May 2016

KRAFTANGAN WAKID

‘wakid’, iaitu sebuah alat sikutan tradisi suku kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah, Malaysia.  Sejarah kraftangan "wakid" ini dihasilakn oleh masyarakat Kadazan Dusun Murut untuk digunakan tempat memasukkan hasil tuaian padi dan seterusnya sebagai alat untuk mengangkat padi yang lepas dituai.

Pada hari ni Wakid ini sesuai untuk dijadikan perhiasan di rumah, hotel dan juga pejabat.


KRAFTANGAN DI SABAH

 Di Malaysia, Sabah merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik dengan adanya pelbagai jenis tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara.

Antara tempat menarik yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong adalah pulau-pulau yang berdekatan dengan daerah Semporna iaitu Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan sebagainya.

Selain daripada pulau yang terdapat di Sabah terdapat banyak lagi tempat yang sangat menarik untuk dilawati oleh sesiapa sahaja sama ada di Semporna. Kota Kinabalu. Kundasang, Lahad Datu, Sandakan, Tanjung Simpang Mengayau dan banyak lagi.

Di dalam blog kumpulan kami, kami menfokuskan kepada barangan kraftangan yang sangat terkenal dengan keunikan yang ada padanya dan cara pembuatan yang sangat kreatif. Kraftangan di Sabah ini berbeza dengan kraftangan-kraftangan di negeri lain kerana kebanyakan pembuatannya berunsurkan hidupan laut dan alam semulajadi.

Justeru itu, pelancong-pelancong yang datang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli kraftangan-kraftangan yang dijual disini. mereka juga diberi layanan yang sangat memuaskan hati oleh penjual dan kadangkala diberi harga yang sangat murah oleh penjual-penjual kraftangan itu.

Tidak rugilah bagi pengunjung yang ingin melancong di negeri di bawah bayu ini kerana pelbagai faktor tarikan yang sangat memberi kepuasan kepada para pengunjung dan terutamanya keunikan kraftangan ini.





Thursday, 12 May 2016

KRAFTANGAN MANIK

Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di Sabah dan Sarawak. Sejak zaman berzaman kemahiran menggubah manik telah menjadi satu seni tradisi di kalangan masyarakat etnik sabah dan Sarawak. Antara jenis manik yang dibuat ialah daripada jenis kaca, permata dan batu akik.

bagi yang berminat bolehlah membuat tempahan..harga bergantung dengan corak dan besar..sekitar RM25 sehingga RM 80